Bahasa Sepanyol Yahudi
Bahasa Sepanyol Yahudi

Bahasa Sepanyol Yahudi

Bahasa Sepanyol Yahudi atau Yahudi-Sepanyol (autonim djudeoespanyolcode: lad is deprecated , tulisan Ibrani: גﬞודﬞיאו־איספאנייולcode: lad is deprecated ),[2] juga dipanggil bahasa Ladino, ialah sebuah bahasa Romawi yang berasal daripada bahasa Sepanyol Lama.Asalnya dituturkan di Sepanyol, kemudian selepas Perintah Pengusiran Alhambra tersebut di seluruh Empayar Uthmaniyah (Balkan, Turki, Asia Barat, dan Afrika Utara) serta Perancis, Itali, Belanda, Maghribi, dan England, hari ini ia ditutur sebahagian banyaknya oleh minoriti Sefardi di lebih daripada 30 buah negara, dengan kebanyakan penuturnya tinggal di Israel.[3] Walaupun tiada status rasmi di mana-mana negara, ia telah diakui sebagai bahasa minoriti di Bosnia dan Herzegovina, Israel dan Perancis. Pada tahun 2017, ia telah diiktiraf secara rasmi oleh Akademi Diraja Sepanyol.[4]Kosa kata teras Sepanyol Yahudi ialah bahasa Sepanyol Lama, dan ia mempunyai banyak unsur daripada bahasa Romawi lama lain di Semenanjung Iberia: Aragon Lama, Asturleon, Katalan Lama, Galicia-Portugis, dan Andalusia.[5] Bahasa ini telah diperkayakan dengan kota kata bahasa Turki Uthmaniyah dan Semitik, seperti Ibrani, Aram dan Arab—terutamanya dalam bidang agama, undang-undang dan kerohanian—dan kebanyakan kosa kata untuk konsep-konsep baharu dan moden telah diserap daripada bahasa Perancis dan Itali. Tambahan pula, bahasa ini dipengaruhi sedikit sebanyak oleh bahasa-bahasa di Balkan, seperti Yunani, Bulgaria dan Serbo-Croatia.

Bahasa Sepanyol Yahudi

Sebutan [dʒuˈðeo͜ s.paˈɲol][lower-alpha 1]
Asli kepada Israel, Turki, Greece (12 dilaporkan pada tahun 2017), Bosnia dan Herzegovina (4 dilaporkan pada tahun 2018), Brazil (dialek Haketia)
Kawasan Lembangan Mediterranean (kawasan asal), dahulunya juga benua Amerika
Etnik Yahudi Sefardi
Penutur bahasa 51,000 (2018)e25
Keluarga bahasa
Bentuk awal
Dialek/loghat
  • Tenggara (Istanbul, Salonica)
  • Timur Laut
  • Barat Laut (Sarajevo)
  • Haketia (Tangiers, Tetuani)[1]
Sistem penulisan Utamanya abjad Latin; juga Ibrani (biasanya menggunakan Rasyi atau Solitreo); dahulunya abjad abjad Yunani, Cyril dan Aljamiado (Arab-Parsi)
Bahasa minoritidikenali di
ISO 639-2 lad Ladino
ISO 639-3 lad Ladino
Glottolog ladi1251
ELP Ladino
Linguasphere 51-AAB-ba … 51-AAB-bd
IETF lad

Rujukan

WikiPedia: Bahasa Sepanyol Yahudi http://www.jpost.com/Magazine/Features/Ladino-ling... https://www.theguardian.com/world/2017/aug/01/spai... https://doi.org/10.1017%2FS0025100310000277 https://www.worldcat.org/issn/0025-1003 http://archive.phonetics.ucla.edu/Language/LAD/lad... https://www.loc.gov/standards/iso639-2/php/langcod... http://glottolog.org/resource/languoid/id/ladi1251 http://www.cervantesvirtual.com/FichaObra.html?Ref... https://www.wikidata.org/wiki/Q36196#identifiers http://www.endangeredlanguages.com/lang/3444